KESEMBUHAN BAGI KEDUKAAN

Pelbagai perkara telah berlaku di dalam kehidupan seharian kita. Ada ketika, hati kita terluka kerana disakiti oleh orang lain atau suasana. Di sini terdapat beberapa cara yang boleh kita amalkan untuk mengubat hati yang terluka. Keberkesananya bergantung pada diri kita sendiri

1.latih minda melupakan kenangan pahit. 
Bunyinya senang untuk dibuat, tetapi ia perlu diaplikasi secara berterusan. Mengaku saja jika diri sering merasa sedih kerana melalui keperitan yang berkali-kali hingga membawa ke alam kenangan, namun kita harus bertindak membataskan emosi dan perasaan dari mengingati perkara yang lepas
Mulai hari ini, tekadkan hati untuk melupakan semua itu. Selupa yang mungkin, dan kosongkan memori kenangan. Bulatkan azam untuk fokus lebih pada masa depan,cita-cita dan impian, keluarga, kerjaya dan kewangan.Anda tidak mampu melupakan kesemua memori pahit sekali gus, tetapi ia boleh diusahakan secara perlahan-lahan. Cuba alihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa,  tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri yang konsisten. 

2.Buang sifat kebimbangan
Ada dua kesan dari sikap bimbang ini iaitu:
Pertama, ia menarik pada penentuan yang tidak baik, masalah,dan musibah tanpa diduga
Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dan diri segi fizikal dan mental. Kebimbangan membuatkan anda selalu menjadi sedih dan kecewa. Untuk membuang sikap bimbang, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi 

3.Belajar rajin bersyukur
Panjatkan rasa syukur atas semua perkara yang anda ada. Misalnya, mengucap syukur kerana anda telah dikurniakan deria yang lengkap, boleh melihat dan menarik nafas setiap kali bangun tidur, anda mempunyai rakan karib yang memahami, dan anda juga mempunyai telefon bimbit kesayangan anda,. Ucap syukur sebanyak yang mungkin, dan seikhlas mungkin sehingga merasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri. Amalkan sebagai istiqomah. 

4.Mendidik diri menjadi pemaaf
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi negatif. Seterusnya ia akan meneutralkan gelombang fikiran negatif yang bersarang di minda. Ketahuilah, anda akan selalu berasa sedih dan kecewa kerana tidak memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri anda satu ketika dulu. Belajar menjadi pemaaf dan hapuskan kenangan lalu. Pasti ketenangan akan hampir kepada anda. 

5.ketawa dan teruh ketawa
Ketawa yang ikhlas adalah ketawa yang benar-benar menggembirakan anda serta menjadikan anda girang. Tonton video lucu, baca berita lucu dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta funny side dalam setiap situasi agar anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan rasa sedih anda. 

6.Ubah fikiran
Kita tidak boleh merubah situasi yang boleh membuatkan kita kecewa, sedih, dan murung. Tetapi kita boleh  merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-setuasi tersebut walau seburuk mana pun ia. Rahsianya, cari sinar mentari di sebalik mendungnya awan. Walaupun perkara yang diingi tidak berpihak kepada anda, cuba cari bagaimana cara untuk anda jumpa nilai-nilai positif di dalamnya. 
Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan di dalam jangka masa yang panjang. Rezeki anda akan murah dan segala yang baik bakal datang dengan sendirinya kepada anda. Anda menjadi apa yang anda selalu fikirkan. Usah berfikir yang buruk sedangkan anda boleh mendapat segala kebaikan.

7.Tekadkan hati
Bukan sembarangan nekad ,maksudnya ketegasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati yang terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan di masa lalu. Buat baik pasti akan dibalas baik, begitu juga sebaliknya

Cuba ingat semula kejahatan kecil yang telah anda lakukan terhadap orang lain .Mungkin ada walau anda  tidak sedar. Itu lah perlunya, kita bersikap baik dan berfikir baik. Sebelum masuk tidur tetapkan minda untuk mencapai 'mood'  ceria pada keesokan hari. 
Selepas bangun tidur, katakan kepada diri bahawa ini adalah hari yang baru untuk diri anda. 
In sha Allah.  
Share on Google Plus

About ADMIN

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...


loading...